Isnin, 31 Oktober 2011

Jadual Cuti Tahunan 2012


JADUAL CUTI TAHUNAN 2012

SEMESTER 1

PERKARA
TARIKH
4 Januari 2012 - 20 Januari 2011
Pendaftaran (Mula Interaksi) 3 MINGGU
21 Januari 2011 – 29 Januari 2011
Cuti Pertengahan Semester 1
1 MINGGU
30 Januari 2012 – 9 Mac 2012
Interaksi 6 MINGGU
10 Mac 2012 – 18 Mac 2012
Cuti Pertengahan Semester 1
1 MINGGU
19 Mac 2012 – 4 Mei 2012
Interaksi 7 MINGGU
7 Mei 2012 – 11 Mei 2012
Minggu Ulangkaji 1 MINGGU
13 Mei 2012 – 25 Mei 2012
Peperiksaan 2 MINGGU
26 Mei 2012 – 17 Jun 2012
Cuti Semester 3 MINGGU


SEMESTER 2

PERKARA
TARIKH
18 Jun 2012 – 17 Ogos 2012
 Interaksi 9 MINGGU
18 Ogos 2012 – 26 Ogos 2012
Cuti Pertengahan Semester
1 MINGGU
27 Ogos 2012 – 19 Oktober 2012
Interaksi 8 MINGGU
22 Oktober 2012 – 26 Oktober 2012
Minggu Ulangkaji 1 MINGGU
29 Oktober 2012 – 8 November 2012
Peperiksaan 2 MINGGU
12 November 2012 – 2 Januari 2012
Cuti Akhir Tahun





Sabtu, 22 Oktober 2011

Pertandingan Hoki Guru Muda IPGM

PERTANDINGAN HOKI GURU MUDA 
ANJURAN IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
14-16 OKTOBER 2011

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah menghantar satu pasukan pemain hoki ke IPG Kampus Dato' Razali Ismail dalam Pertandingan Hoki Guru Muda IPGM. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 14 - 16 Oktober ini telah memulangkan kejayaan kepada pihak IPG Kampus Perempuan Melayu apabila mendapat tempat ketiga secara keseluruhannya.

















Tahniah kepada pasukan hoki IPG Kampus Perempuan Melayu, Pensyarah pembimbing dan semua yang terlibat sama ada langsung atau tidak.


MAJULAH SUKAN UNTUK INSTITUT

Selasa, 18 Oktober 2011

MAJLIS TITIPAN KASIH.. ='(

Pada 14 Oktober yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, telah berlangsungnya satu Majlis Titipan Kasih buat Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu yang telah pun (pada saat ini) berkhidmat sebagai Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. 


Lakaran Memori

Nama Penuh:
Siti Hanifah binti Madarsa

Tarikh Lahir:
02 Februari 1955

Tempat Lahir:
Sg. Emas, Kuala Muda, Kedah

Pengalaman Ikhtisas:
1979 - Guru SM (P) Air Panas Setapak, K.L
1986 - Pensyarah MP Seri Kota, K.L/SUG (1997-2004)
1999 - Pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K.L
2004 - Penolong Pengarah Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru, K.L.
2008 hingga 2011 - Timbalan Pengarah IPPM / IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Kelayakan Akademik dan Ikhtisas:
B.A (Hons) Universiti Malaya Tahun 1978
Diploma Pendidikan Universiti Malaya Tahun 1977

Kemahiran Kokurikulum
Ping Pong, Badminton, Bola Jaring.

Lain-Lain Bidang Kemahiran / Bidang yang diminati
Pengurusan Organisasi dan Sumber Manusia
Kepakaran dalam Bidang Pengajian Bahasa dengan Pengkhususan Linguistik dan Kesusasteraan Melayu

Keluarga:
Bersuami dan mempunyai 5 orang cahaya mata







IMBAUAN JASA

Detik berlalu begitu pantas,
Kadang tak sedar melewati perbatasan waktu,
Hidup ini  penuh calitan warna,
Ada suka dan ada duka,
Ada gembira dan ada juga sendu,
Rencah kehidupan pelbagai rasa,
Mencetus  bahagia kala rindu mula berbunga.

Muncul setapak mahupun seabad lamanya,
Bukan ukuran keberadaan di rasai,
Yang bermakna adalah bakti yang bersemi,
Bukan untuk mengukir nama,
Bahkan bersama mencanai peribadi siswi pendidik,
Usaha bukan sehari dua,
Dan bukan setitis dua peluh menitik,
Semuanya diharung,
Semuanya ditempuh,
Demi pertiwi yang dicintai,
Demi generasi  bakal pewaris tanah ini.

Saat dan waktu akan tiba,
Bukan pergi mengundur diri,
Malah menyambung perjuangan suci,
Walau jasad tidak lagi di sini,
Namun semangat akan terus bersemadi,
Biar terpisah jarak dan tempat,
Perjuangan masih tetap sama,
Semalam, hari ini, dan selama-lamanya….


“Selamat meneruskan khidmat sebagai Pengarah IPG  Kampus
Bahasa Melayu. Pengalaman, ilmu, dan nasihat yang pernah
dikongsi  bersama akan menjadi jasa yang akan terus diimbau buat pedoman di hari muka.  Seluruh warga IPG Kampus Perempuan Melayu mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga sentiasa
dipayungi  lembayung KasihNya.”




Sayonara, Datin. Terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami di pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dalam merencana dan merealisasikan pelbagai aktiviti kokurikulum di bumi mu'allimah ini. Mudah-mudahan segala perkongsian ini akan diberkati.. InsyaAllah~

Mencanai Peribadi Kepemimpinan Pendidik Berintegriti
MT JPP 001

IPG KPM & IPG KSM Travel 2011

15 dan 16 Oktober 2011, pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan telah bertandang ke INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,MELAKA sebagai lawatan balas pihak IPG Kampus Perempuan Melayu pada 27 Jun 2011 yang lalu.


Seperti biasa, sedikit diskusi ringkas bersama exco masing-masing diadakan bagi memantapkan lagi kepimpinan kedua-dua belah pihak. Sedikit ilmu, kelebihan dan kekurangan masing-masing dijadikan titik tolak dalam menambah baik mutu dan kualiti perkhidmatan masing-masing. Benarlah kata-kata daripada Mahatma Gandhi Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.






Pihak tetamu yang bertandang turut dibawa sekitar kawasan kampus Perempuan Melayu.









Pada sebelah petang, pihak JPP IPG Kampus Perempuan Melayu bersama-sama bersiar-siar bersama sahabat JPP IPG Kampus Sultan Mizan di sekitar Melaka.








Saat Perpisahan -16/10/2011-









SELAMAT JALAN SAHABAT






PANTUN DARI SAHABAT BUAT SAHABAT


Taman selasih inderagiri,
Tempat naungan cempaka sari,
Terima kasih wahai putri,
Atas layanan yg tak terperi...

Kuala perlis tempat bersinggah,
Mahu bertajak di tanjung sepagi,
Sungguh manis ipgkpm indah,
Jikalau diajak berkunjung lagi....



Tinggi bahasa mulianya insan,
Adat pepatah digenggam tersemat,
Kuhulurkan tinta tanda berkawan,
Semoga Allah memberi rahmat.....

terima kasih tak terhingga dari kami jpp S.m...

PANTUN BALAS BUAT IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

Dalam taman bersama srikandi
Bawah naungan cahaya purnama
Kasih teman diterima putri
Dengan harapan kekal selama.

Indah tiara permatanya satu
Molek dipakai permaisuri melaka
Jika ada tika dan waktu
Ketemu kita dilain acara.

Hujan lebat, kuat guruhnya
Buka pyung jalan bersama
Sekali bersahabat, sahabat selamanya,
Dibawah lembayung yang maha esa.

<klu ada ksmpatan dtg la lgi>

BP2 JPP @ IPGKPM 7.45 AM -18/10/2011-

Isnin, 17 Oktober 2011

Majlis Penutupan Rasmi Minggu Kokurikulum IPG Kampus Perempuan Melayu -14/10/2011-

Setelah beberapa tahun tidak melaksanakan program ini, 2011 menjadi titik permulaan kembali minggu kokurikulum peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu kelolaan Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Pelbagai persembahan turut dihidangkan kepada semua warga IPG seperti persembahan kawad kaki farmasi KRS, senamrobik, persembahan silat cekak, tarian zapin dan joget serta nyanyian. Tampak meriah kerana sesungguhnya program ini sudah lama tidak dilaksanakan. kerjasama daripada semua guru pelatih juga sangat memberangsangkan.

Tokoh kokurikulum 2011 :

Unit uniform : Cik Nor Faeizah
Seni tari / Kebudayaan : Faradila
Sukan dan permainan : Shakila Nahrorawi