Rabu, 18 Januari 2012

Minggu Kesedaran Penderitaan Rakyat Palestin dan Somalia

9-13 Januari 2012
Biro Penerangan dan Penerbitan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
dengan kerjasama
Unit PISMP Pendidikan Seni Visual
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Telah menganjurkan satu program
Iaitu
Minggu Kesedaran Penderitaan Rakyat Palestin dan Somalia.



Persembahan Nasyid PISMP Pengajian Agama Ambilan Januari 2012


Persembahan Nasyid PISMP TESL 2 Ambilan Januari 2012



Persembahan Pentomen PPISMP Pendidikan Khas Ambilan Jun 2011


Persembahan daripada pelajar DPLI & GSTT Ambilan Khas Disember 2011

Jawatankuasa Pengelola
Biro Penerangan dan Penerbitan JPP
dan PISMP Pendidikan Seni Visual Ambilan Januari 2012


Penyampaian hadiah oleh Pengarah


Sesungguhnya aktiviti ini diharapkan dapat memupuk kesedaran dalam kalangan guru pelatih dan mensyukuri nikmat yang diperoleh yang jauh berbeza dengan rakyat Palestin dan Somalia terutamanya.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang minggu bagi mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan.


BAJPP@13.41pm-18/1/2012@ LS-1-42




Pendaftaran DPLI & PPISMP GSTT Ambilan Khas Disember 2011

9-13 Januari 2012
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Telah menerima 5 unit baharu
Iaitu
Program DPLI & PPISMP GSTT Ambilan Khas Disember 2011
  
 









Sesungguhnya pihak
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
Serta
Seluruh warga kampus
Sangat mengalu-alukan kehadiran dan sama-sama menjadi warga kampus.

BAJPPIPGKPM@13.23pm_LS-1-42




Selasa, 17 Januari 2012

Rehlah JPP Bersama JPP IPGK Raja Melewar 2012

 14 Januari 2012 (Sabtu)
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

dengan Kerjasama

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
telah mengadakan
 rehlah bersama yang diadakan
di Teluk Kemang, Port Dickson.

Aktiviti ini juga merupakan jamuan perpisahan 
kepada
 10 orang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Semester 7
 IPG Kampus Perempuan Melayu,
 yang bakal menamatkan perkhidmatan mereka.
























Aktiviti selesai pada jam 4.00 petang.
Sekalung penghargaan kepada

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Dan
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Serta
Semua pihak yang

yang sama-sama menjayakan aktiviti ini.

Akhir kata

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi.

BA JPP IPG Kampus Perempuan Melayu @ LS-1-42
23.39 PM 17/01/2012




Isnin, 16 Januari 2012

Perhimpunan Bulanan & Perasmian Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Program DPLI & PPISMP Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih GSTT Ambilan Khas Disember 2011.

  13 Januari 2012 (Jumaat)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
dengan kerjasama
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
telah mengadakan
 Majlis Perhimpunan Bulanan
 &
 Perasmian Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Program DPLI & PPISMP Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih GSTT Ambilan Khas Disember 2011.

Majlis ini juga merupakan majlis yang terakhir yang diseliakan oleh 36 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 sebelum dibubarkan.