Khamis, 26 April 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-41

 Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-41 peringkat Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan diadakan pada 26 April 2012 (Khamis), bertempat di kompleks Puteri Gunung Ledang, IPG KPM.
          Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu iaitu Puan Hajah Noor Hayatee binti Md. NoorAntara acara yang akan dipertandingkan ialah

100 M
200 M
400 M
800 M
4 x 100 M
4 x 400 M 
1500 M
Lompat Jauh
Lompat Kijang
Lempar Cakera
Lontar Peluru
Perbarisan 
Senam Seni
Sukaneka Murid Prasekolah IPGK PM
Sukaneka Pensyarah & Staf (L) dan (P)
Perbarisan Rumah Sukan
Hiasan Rumah Sukan Tercantik

       Melalui program ini semua ahli rumah sukan diharapkan dapat menyemai semangat kesukanan seterusnya merapatkan jalinan ukhuwah sesama guru pelatih, staf, pensyarah seterusnya semua warga IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Di samping itu, Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-41 ini sekaligus dapat mengurangkan sedikit tekanan pelajar dalam persediaan menghadapi Peperiksaan akhir semester pertama bagi tahun 2012 ini.

        Berikut adalah keputusan rasmi Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-40 Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka bagi tahun 2012.

KEDUDUKAN
RUMAH SUKAN
JOHAN
SERI DAHLIA (KUNING)
NAIB JOHAN
SERI TANJUNG (JINGGA)
TEMPAT KETIGA
SERI KENANGA (HIJAU)
TEMPAT KEEMPAT
SERI ANGGERIK (UNGU)
TEMPAT KELIMA
SERI MAWAR (MERAH)
TEMPAT KEENAM
SERI TELANG (BIRU)