Rabu, 30 Mei 2012

Sambutan Hari Guru & Majlis Purna Bakti, Puan Hajah Noor Hayatee binti Md. Noor (Pengarah IPGK PM)

                        hariguru.png

25 Mei 2012 (Jumaat)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Dan
Jabatan Matematik
dengan kerjasama
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
telah mengadakan
Sambutan hari Guru
‘Guru Inovatif Penjana Transformasi Pendidikan Negara’
&
Majlis Purna Bakti
Puan Hajah Noor Hayatee binti Md. Noor
(Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka)

Biodata Pengarah

Puan Pengarah bersama suami

Nama               : Pn Hjh Noor Hayatee binti Md. Noor
Tarikh Lahir       : 12 Januari 1956
Alamat Tetap     : No 56, Jalan Cempaka, Kg. Dato’ Sulaiman Menteri,
                          81100, Johor Bahru
Nama Suami      : Hanzir bin Maarof
Bil. Anak           : 6 orang
Kelulusan           : Diploma Pendidikan (Kep) Biologi / Kimia 1980 (UKM)
                          : Sarjana Muda (Kep) Biologi / Zoologi 1982 (UKM)
Tarikh Lantikan Ke Perkhidmatan Kerajaan : 26 April 1982
Tahun Perkhidmatan di IPGK PM : 2007-2012
Pengalaman Perkhidmatan :
                          SMK St. Gabriel’s Kuala Lumpur (1982-1983)- Guru Penolong
                          SM Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1983-1991)- Guru Penolong
                          SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu (1991-1994)- Guru Penolong
                          SM I.J Convent, Johor Bahru (1994-1995)- Guru Penolong
                          SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru (1995-2004)- Guru Cemerlang
                          SMK Taman Bukit Indah, Johor Bahru (2004)-Pengetua
                          Bahagian Pendidikan Guru (2006)- Ketua Penolong Pengarah
                          IPG Kampus Perempuan Melayu (2007-2012)- Pengarah

Sesungguhnya jasa Puan Pengarah sangatlah dihargai!

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Majlis selesai pada jam 12.00 tengah hari.
Sekalung penghargaan kepada

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Jabatan Matematik,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
dan
Seluruh Warga

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

yang sama-sama menjayakan majlis ini.

Akhir kata

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi.

 BA JPP IPG Kampus Perempuan Melayu @ Rumah_Perak
20.58 PM 30/05/2012