Pada 14 Oktober yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, telah berlangsungnya satu Majlis Titipan Kasih buat Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu yang telah pun (pada saat ini) berkhidmat sebagai Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu.
Lakaran Memori
Nama Penuh:
Siti Hanifah binti Madarsa
Tarikh Lahir:
02 Februari 1955
Tempat Lahir:
Sg. Emas, Kuala Muda, Kedah
Pengalaman Ikhtisas:
1979 - Guru SM (P) Air Panas Setapak, K.L
1986 - Pensyarah MP Seri Kota, K.L/SUG (1997-2004)
1999 - Pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K.L
2004 - Penolong Pengarah Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru, K.L.
2008 hingga 2011 - Timbalan Pengarah IPPM / IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
Kelayakan Akademik dan Ikhtisas:
B.A (Hons) Universiti Malaya Tahun 1978
Diploma Pendidikan Universiti Malaya Tahun 1977
Kemahiran Kokurikulum
Ping Pong, Badminton, Bola Jaring.
Lain-Lain Bidang Kemahiran / Bidang yang diminati
Pengurusan Organisasi dan Sumber Manusia
Kepakaran dalam Bidang Pengajian Bahasa dengan Pengkhususan Linguistik dan Kesusasteraan Melayu
Keluarga:
Bersuami dan mempunyai 5 orang cahaya mata
IMBAUAN JASA
Detik berlalu begitu pantas,
Kadang tak sedar melewati perbatasan waktu,
Hidup ini penuh calitan warna,
Ada suka dan ada duka,
Ada gembira dan ada juga sendu,
Rencah kehidupan pelbagai rasa,
Mencetus bahagia kala rindu mula berbunga.
Muncul setapak mahupun seabad lamanya,
Bukan ukuran keberadaan di rasai,
Yang bermakna adalah bakti yang bersemi,
Bukan untuk mengukir nama,
Bahkan bersama mencanai peribadi siswi pendidik,
Usaha bukan sehari dua,
Dan bukan setitis dua peluh menitik,
Semuanya diharung,
Semuanya ditempuh,
Demi pertiwi yang dicintai,
Demi generasi bakal pewaris tanah ini.
Saat dan waktu akan tiba,
Bukan pergi mengundur diri,
Malah menyambung perjuangan suci,
Walau jasad tidak lagi di sini,
Namun semangat akan terus bersemadi,
Biar terpisah jarak dan tempat,
Perjuangan masih tetap sama,
Semalam, hari ini, dan selama-lamanya….
“Selamat meneruskan khidmat sebagai Pengarah IPG Kampus
Bahasa Melayu. Pengalaman, ilmu, dan nasihat yang pernah
dikongsi bersama akan menjadi jasa yang akan terus diimbau buat pedoman di hari muka. Seluruh warga IPG Kampus Perempuan Melayu mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga sentiasa
dipayungi lembayung KasihNya.”
Sayonara, Datin. Terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami di pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dalam merencana dan merealisasikan pelbagai aktiviti kokurikulum di bumi mu'allimah ini. Mudah-mudahan segala perkongsian ini akan diberkati.. InsyaAllah~
Mencanai Peribadi Kepemimpinan Pendidik Berintegriti
MT JPP 001