Khamis, 26 Julai 2012

Lawatan Inter IPG Zon Utara



Pada 12, 13, 14 dan 15 Julai 2012, pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar  (JPP) IPG Zon Utara telah bertandang ke
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,MELAKA
yang melibatkan lima buah IPG iaitu
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
IPG Kampus Darul Aman
IPG Kampus Pulau Pinang
IPG Kampus Tuanku Bainun
dan
IPG Kampus Perlis


Sesungguhnya kehadiran deligasi JPP IPG Zon Utara
ke kampus kami amat dialu-alukan.

Tanggal 12 Julai 2012, IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH) selamat tiba ke kampus pada jam 11.30 malam. Kemudian diikuti dengan IPG Kampus Darul Aman (IPDA) pada 13 Julai 2012 pada jam 5.30 pagi.

Selepas menikmati sarapan pagi, sesi pertama dimulakan dengan lawatan sekitar IPG Kampus Perempuan Melayu. Kedua-dua IPG dipecahkan kepada beberapa beberapa kumpulan untuk sesi ini.







Sesi kedua diteruskan dengan majlis perasmian Lawatan Inter IPG Zon Utara ke IPG Kampus Perempuan Melayu oleh Dr. Mihat bin Dolah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGK PM.


Ucapan aluan daripada YDP IPGK PM






Deligasi JPP IPG Kampus Sultan Abdul Halim



Deligasi JPP IPG Kampus Darul Aman

Deligasi JPP IPG Kampus Perempuan Melayu

Pada sebelah petang, jam 5.30 petang pihak IPG Kampus Perempuan Melayu menerima kehadiran delegasi JPP daripada Pulau Pinang iaitu IPG Kampus Pulau Pinang dan IPG Kampus Tuanku Bainun. Seterusnya, pada jam 7.50 malam pula kehadiran delegasi JPP jauh di utara semenanjung iaitu IPG Kampus Perlis yang melengkapkan kelima-lima IPG Zon Utara berkampung di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.


Sesi pada sebelah malam dimulakan dengan open discussion  melibatkan tujuh buah IPG yang mana turut dijemput khas iaitu IPG Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat.

Barisan Yang Dipertua (YDP)




Kemudian, slot diteruskan dengan diskusi ringkas bersama exco masing-masing diadakan bagi memantapkan lagi kepimpinan semua pihak. Sedikit ilmu, kelebihan dan kekurangan masing-masing dijadikan titik tolak dalam menambah baik mutu dan kualiti perkhidmatan masing-masing. Benarlah kata-kata daripada Mahatma Gandhi Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.



Biro Protokol dan Logistik & Biro Teknologi Maklumat

Biro Keusahawanan


Biro Akademik

Biro Kediaman Pelajar


Biro Kesenian dan Kebudayaan


Biro Sosial dan Kebajikan

Biro Sukan dan Rekreasi

14 Julai 2012 (Sabtu), selepas sarapan majlis diteruskan dengan majlis pertukaran cenderahati antara IPG Zon Utara dengan IPG Kampus Perempuan Melayu. Majlis ini juga merupakan majlis lambaian kepada delegasi IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang akan bertolak ke IPG Kampus Raja Melewar dan delegasi JPP IPG Kampus Darul Aman yang akan bertolak ke IPG Kampus Ipoh.








Turut diraikan sahabat JPP yang menyambut hari lahir pada bulan Julai. ‘Selamat Hari Lahir’.




Lambaian buat IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan IPG Kampus Darul Aman, walaupun dalam keadaan hujan yang lebat. J


Suasana yang kembali reda kemudiannya mengizinkan pihak JPP IPG Kampus Perempuan Melayu untuk membawa delegasi JPP IPG Kampus Perlis, JPP IPG Kampus Pulau Pinang dan JPP IPG Kampus Tuanku Bainun untuk melawat sekitar kampus.





Majlis ditangguhkan lagi selepas jamuan makan tengah hari bagi member peluang kepada ketiga-tiga buah IPG untuk bersiar-siar di sekitar Negeri Melaka.
Pada sebelah malam (Versi Luar Protokol) ~ Jalan-jalan + makan-makan ~





15 Julai 2012 (Ahad), merupakan hari terakhir delegasi JPP IPG Zon Utara berkampung di IPG Kampus Perempuan Melayu. Sesi terakhir ini dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua JPP IPG Kampus Perempuan Melayu diikuti majlis pertukaran hadiah di antara IPG Kampus Perempuan Melayu dengan IPG Kampus Perlis. 




Sesi bergambar

JPP IPG Kampus Perlis

JPP IPG Kampus Tuanku Bainun

Delegasi JPP IPG
Kampus Perlis, Kampus Pulau Pinang, Kampus Tuanku Bainun
dan
Kampus Perempuan Melayu 


Hadiah daripada Wafi


Lambaian terakhir


Indah tiara permatanya satu
Molek dipakai permaisuri melaka
Jika ada tika dan waktu
Ketemu kita dilain acara.


Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas kesudian bertandang ke mari

Hujan lebat, kuat guruhnya
Buka payung jalan bersama
Sekali bersahabat, sahabat selamanya,
Dibawah lembayung yang maha esa.

BA JPP IPGK PM @ LS-1-42 (1.32 a.m)