Rabu, 15 Februari 2012

Lawatan Aspirasi Muhibbah ke IPG Zon Selatan (IPTI & IPTHO)

11 & 12 Februari 2012
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

telah mengadakan
Lawatan Aspirasi Muhibbah
ke IPG Zon Selatan
iaitu
IPG KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM (11 Februari 2012)
IPG KAMPUS TUN HUSSIEN ONN (12 Februari 2012)

 Sedikit diskusi ringkas bersama exco masing-masing diadakan bagi memantapkan lagi kepimpinan kedua-dua belah pihak. Sedikit ilmu, kelebihan dan kekurangan masing-masing dijadikan titik tolak dalam menambah baik mutu dan kualiti perkhidmatan masing-masing. Benarlah kata-kata daripada Mahatma Gandhi Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.

Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggung Ibrahim














Lawatan Sekitar Johor Bharu








Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussien Onn




Lawatan sekitar kampus,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussien Onn







Sesi bersama JPP,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussien Onn










PANTUN DARI SAHABAT BUAT SAHABAT

Taman selasih Inderagiri,
Tempat naungan cempaka sari,
Terima kasih putera puteri,
Atas layanan yang tak terperi.


Kuala perlis tempat bersinggah,
Mahu bertajak di tanjung sepagi,
Sungguh manis Johor nan indah,
Jikalau diajak berkunjung lagi.


Tinggi bahasa mulianya insan,
Adat pepatah digenggam tersemat,
Ku hulurkan tinta tanda berkawan,
Semoga Allah memberi rahmat.

Indah tiara permatanya satu,
Molek dipakai permaisuri Melaka,
Jika ada tika dan waktu,
Ketemu kita di lain acara.


Hujan lebat, kuat guruhnya,
Buka payung jalan bersama,
Sekali bersahabat, sahabat selamanya,
Di bawah lembayung Yang Maha Esa.






BA  JPP IPG Kampus Perempuan Melayu @LS-1-42
15/2/2012 @ 00.14 AM 


Ahad, 12 Februari 2012

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KPLI J-Qaf Ambilan Januari 2012

30 Januari 2012 - 2 Februari 2012
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Telah menerima 7 unit program KPLI J-Qaf
 yang terdiri daripada 
136 orang guru pelatih baharu.

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 
mewakili
seluruh warga Institut mengucapkan selamat datang
serta
sangat mengalu-alukan kehadiran anda ke Institut ini.

Hari Pendaftaran






Slot Interaksi Bersama Ibu Bapa



Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK)







Slot Taklimat





Aktiviti Riadah, Sukaneka dan Lawatan Sekitar Institut













Slot Kerohanian dan Malam Bersama JPP




Majlis Penutup dan Gimik Perasmian Penutup (Pembukaan Tudung Srikandi)









Sekalung penghargaan kepada

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
dan
Seluruh Warga
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

yang sama-sama menjayakan majlis ini.

BA  JPP IPG Kampus Perempuan Melayu @LS-1-42
12/2/2012 @ 21.03 PM