Sabtu, 30 April 2011

KURSUS BIRO TATANEGARA MAHASISWA ASAS

          Pada 24 April 2011 sehingga 28 April 2011,  seramai 66 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah menyertai Kursus Biro Tatanegara Mahasiswa Asas bertempat di Kem Bina Negara Langkawi.

          Peserta terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Ketua Unit, Ahli Majlis Tertinggi Kelab Rukun Negara, Sidang Ridaksi dan Balai Islam Saidatina Aisyah. Kursus selama 4 hari 3 Malam ini benar-benar memberi kesan kenegaraan serta menyemai semangat patriotik dalam kalangan guru pelatih.

        Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Cawangan Melaka serta Biro Tatanegara cawangan  Negeri Kedah kerana sudi menerima kunjungan kami.


       

Sabtu, 23 April 2011



MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2011/2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA























ELAUN BUKU 2011

Elaun Buku 2011

Assalamualaikum kepada semua pelajar IPG Kampus PM yang sangat dikasihi


Saya, Pn. Sarimah Ahmad,Ketua Unit Kebajikan dan Keselamatan, JHEP ingin memberi
 penjelasan tentang elaun buku tahun 2011 yang masih tidak dibayar sehingga ke hari ini. Untuk makluman semua anak-anak yang budiman dan ilmuwan, elaun tersebut bukan tidak mahu dibayar oleh
pihak IPG Kampus PM tetapi SEHINGGA HARI INI ELAUN TERSEBUT MASIH BELUM LAGI DITURUNKAN OLEH PIHAK BERKENAAN Oleh itu, bersabarlah anak-anak. Janganlah cepat melatah dan asyik menuding jari kepada orang lain. Pihak IPG Kampus PM telah pun dua kali menulis surat kepada pihak yang berkenaan namun masih belum menerima sebarang maklum balas. Kami sedar akan kepayahan anak-anak sekalian. Berdoalah semoga elaun tersebut segera diturunkan kepada IPG Kampus PM agar pihak IPG Kampus PM dengan segera dapat menyalurkannya kepada anak-anak sekalian. 

Bersyukurlah kepada Allah kerana anak-anak mendapat elaun yang tak perlu dibayar semula berbanding baka-bakal guru di IPT yang menerima pinjaman boleh ubah. 'BETTER LATE THAN NEVER'
DIPETIK DARIPADA BLOG HEP
http://hepipgmkpm.blogspot.com    

Lawatan Ilmiah dan Penanda Aras Grup Seni IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Tarikh : 9 - 11 mac 2011

1.0 Ketibaan di LCCT








2.0 Ketibaan Di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka



3.0 Majlis Perasmian Lawatan Ilmiah dan Penanda Aras Grup Seni IPG Kampus Batu Lintang ke IPG Kampus Perempuan Melayu.