Sabtu, 30 April 2011

KURSUS BIRO TATANEGARA MAHASISWA ASAS

          Pada 24 April 2011 sehingga 28 April 2011,  seramai 66 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah menyertai Kursus Biro Tatanegara Mahasiswa Asas bertempat di Kem Bina Negara Langkawi.

          Peserta terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Ketua Unit, Ahli Majlis Tertinggi Kelab Rukun Negara, Sidang Ridaksi dan Balai Islam Saidatina Aisyah. Kursus selama 4 hari 3 Malam ini benar-benar memberi kesan kenegaraan serta menyemai semangat patriotik dalam kalangan guru pelatih.

        Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Cawangan Melaka serta Biro Tatanegara cawangan  Negeri Kedah kerana sudi menerima kunjungan kami.


       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan