Sabtu, 23 April 2011

ELAUN BUKU 2011

Elaun Buku 2011

Assalamualaikum kepada semua pelajar IPG Kampus PM yang sangat dikasihi


Saya, Pn. Sarimah Ahmad,Ketua Unit Kebajikan dan Keselamatan, JHEP ingin memberi
 penjelasan tentang elaun buku tahun 2011 yang masih tidak dibayar sehingga ke hari ini. Untuk makluman semua anak-anak yang budiman dan ilmuwan, elaun tersebut bukan tidak mahu dibayar oleh
pihak IPG Kampus PM tetapi SEHINGGA HARI INI ELAUN TERSEBUT MASIH BELUM LAGI DITURUNKAN OLEH PIHAK BERKENAAN Oleh itu, bersabarlah anak-anak. Janganlah cepat melatah dan asyik menuding jari kepada orang lain. Pihak IPG Kampus PM telah pun dua kali menulis surat kepada pihak yang berkenaan namun masih belum menerima sebarang maklum balas. Kami sedar akan kepayahan anak-anak sekalian. Berdoalah semoga elaun tersebut segera diturunkan kepada IPG Kampus PM agar pihak IPG Kampus PM dengan segera dapat menyalurkannya kepada anak-anak sekalian. 

Bersyukurlah kepada Allah kerana anak-anak mendapat elaun yang tak perlu dibayar semula berbanding baka-bakal guru di IPT yang menerima pinjaman boleh ubah. 'BETTER LATE THAN NEVER'
DIPETIK DARIPADA BLOG HEP
http://hepipgmkpm.blogspot.com    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan