Ahad, 1 Januari 2012

Pengumuman untuk Guru Pelatih IPGK PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Salam rindu buat semua guru pelatih IPGK PM. Mesti semua tak sabar-sabar nak mulakan pengajian di semester baru kan? ;)

Bagusla macam tu.... Teruskan bersemangat!!! 

Baiklah, disini ada beberapa pengumuman penting untuk perhatian semua. Harap boleh ambil perhatian...

Semua Guru Pelatih:

  1. Bagi rakan guru pelatih PPISMP Jun 2011 & PISMP Jan 2012 yang menetap di kolej kediaman Dang Anum & Dang Wangi (belakang), kalau datang awal, boleh terus masuk bilik. Bilik dah dibuka. Tapi kunci tak dapat lagi. Kunci akan dapat waktu pendaftaran pada hari selasa (3/1/12), sama ada di kolej kediaman masing-masing ataupun di Pusat Kegiatan Guru Pelatih.
  2. Bagi rakan guru pelatih PISMP Jan 2011, PISMP Jan 2010, PISMP Jan 2009, dan KDPM Jun 2011 pula pendaftaran akan dibuat dikolej kediaman masing-masing. Bagi mana-mana rakan guru pelatih yang datang awal iaitu bermula 1/1/12-3/1/12 (sebelum waktu pejabat) boleh tuntut kunci bilik anda pada Siti Umairah binti Othman di LS-G-21 (013-6016468).
  3. Ibu bapa dibenarkan untuk membawa kereta masuk ke kawasan asrama untuk meletakkan barang sahaja. Perhatikan keadaan, sekiranya keadaan sesak cuba elakkan berlama-lama. 
  4. Stor-stor juga telah dibuka. Diharapkan agar rakan guru pelatih dapat bertindak secara proaktif dalam usaha mengalihkan barang-barang ke bilik masing-masing. Tidak perlu memaksa diri, tetapi bertindak dengan bijak.. :)
  5. Pada malam 3/1/12 selepas solat Isyak, akan diadakan bacaan Surah Yasin dan Al-Mulk. Diharapkan semua guru pelatih dapat berada di bilik masing-masing pada waktu berkenaan.
  6. Jangan lupa ambil buku balik kampung anda di pondok pengawal keselamatan.
  7. Perhimpunan bulanan akan diadakan pada 6/1/12


Bagi guru pelatih PISMP Jan 2012
  1. Pakaian untuk pendaftaran: Pakaian ke kuliah (Baju kurung berpesak+kasut kuliah yang mengikut piawaian+elakkan tudung express) 
  2. Makanan tidak disediakan, jadi gunakan masa rehat yang ada dengan sebaiknya untuk makan dan urus diri. (Jadual tidak padat, manfaatkan sebaiknya) 
  3. Jangan lupa tudung srikandi kebanggaan kita dan sila berikan sepenuh perhatian pada slot-slot yang ada sebab semuanya penting untuk diaplikasikan apabila dah bergelar guru pelatih PISMP.. :)


Selamat Tahun Baru Masihi diucapkan buat semua. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di rahmat dan lindunganNya. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan