Isnin, 3 Oktober 2011

Perhimpunan Bulanan, Purna Bakti (Tuan Haji Md Rahim bin Ab. Majid & En. Zainal Ariffin bin Ab. Ghani) dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat IPG Kampus PM


23 September 2011 (Jumaat)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Kajian Sosial, Jabatan Pengajian Melayu, Kelab Staf dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan, Purna Bakti
(Tuan Haji Md. Rahim bin Ab. Majid dan En. Zainal Ariffin bin Ab.Ghani)
serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dirasmikan oleh Pengarah Institut, Puan Hajah Noor Hayatee binti Md. Noor .

Majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan Pengarah, Timbalan Pengarah serta yang diraikan diiringi ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit serta pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Pengacara Majlis

Tuan Haji Md. Rahim bin Ab. Majid
Pensyarah Kanan yang diraikan

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka dan Lagu IPGM yang diketuai oleh pasukan  KOIR daripada Unit PISMP Pra Sekolah 2 Ambilan Januari 2009.


Pasukan Koir PISMP Pra sekolah 2 Ambilan Januari 2011


Persembahan Koir lagu 'Salam Terakhir' buat Yang diraikan
daripada Unit PISMP Pengajian Melayu Ambilan Januari 2011



Persembahan Tanglung 'Lagu Selamat Tinggal Pahlawan' 
daripada
Unit PISMP Prasekolah 1 Ambilan Januari 2009

Persembahan Pensyarah
Lagu 'Selamat Hari Raya'

Dapat bunga daripada Pengarah


Gimik Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan ke-54 peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pengarah
Puan Hajah Noor Hayatee binti Md. Noor

TimbalanPengarah
Datin Siti Hanifah binti Madarsa

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu 
mewakili semua guru pelatih  IPG Kampus Perempuan Melayu
mengucapkan setinggi-tinggi 
tahniah 
atas kenaikan pangkat Timbalan Pengarah sebagai
 PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
Sesungguhnya jasa Datin sangat dihargai.






Pengarah dan Timbalan

Majlis selesai pada jam 12.00 tengah hari.
Sekalung penghargaan kepada

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, 
Jabatan Kajian Sosial, 
Jabatan Pengajian Melayu, 
Kelab Staf,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
dan
Seluruh Warga 

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

yang sama-sama menjayakan majlis ini.

Akhir kata

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi.

BP2 JPP IPG Kampus Perempuan Melayu @ BBO5
12.48 PM 3/10/2011






Tiada ulasan:

Catat Ulasan