Selasa, 4 Oktober 2011

PROGRAM MUDA MUDI JIWA MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.r dan Salam Mesra..

Makluman kepada semua sahabat-sahabat guru pelatih:
  • PISMP SEMESTER 2  (AMBILAN JANUARI 2011)
  • PISMP SEMESTER 4 (AMBILAN JANUARI 2010)
  • PPISMP SEMESTER 3 (AMBILAN JUN 2010)
Sukacita dimaklumkan, semua unit bagi ambilan sebagaimana di atas telah terpilih mengikuti PROGRAM MUDA MUDI JIWA MALAYSIA. Butir-butir program adalah sebagaimana berikut:-

Tarikh: 6 Oktober 2011 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi-2.30 petang
Tempat: Hotel Avillion Legacy, Melaka
Perasmi: Y.B Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat)

Aturcara Program:

8.00 pagi   : Pendaftaran Peserta
9.00 pagi   : Ceramah 1: Konsep dan Amalan Sukarelawan
10.00 pagi : Ceramah 2: Kaedah Berkesan Membantu Remaja, Warga Tua, dan PDK
11.00 pagi : Minum Pagi
11.30 pagi : Ceramah 3: Pelan Tindakan Sukarelawan Jiwa Malaysia
12.45 tengahari : Ketibaan Perasmi
12.50 tengahari : Ucapan Alu-aluan Pengarah Institut Sosial Malaysia
1.00 petang : Ucapan Perasmi
1.30 petang : Jamuan Makan Tengahari/Bersurai

Pengumuman berkaitan:
  1. Ketua unit sila serahkan senarai nama beserta tandatangan kepada Pn Noraidah Yaakob di Pejabat Hal Ehwal Pelajar selewat-lewatnya pukul 10.00 pagi 5 Oktober 2011 (esok)
  2. Semua sahabat guru pelatih diminta untuk berada di garaj bus pada pukul 7.00 pagi,  lengkap berpakaian baju batik IPG, tudung putih, dan kasut kuliah. 5 buah bus akan digunakan untuk membawa semua guru pelatih yang terlibat. Trip akan dimaklumkan kemudian
  3. Pengecualian kuliah telah diuruskan oleh JPP. Bagi PPISMP Sem 3 dan PISMP Sem 2 sila rujuk (Farahanis Mohamed Yusop - Naib SUAK 1 JPP) manakala bagi PISMP Semester 4 (Siti Rozawati Mohamad Nawawi - SUAK JPP). 
  4. Ketua unit sila maklumkan ketiadaan anda dikampus pada tarikh berkenaan kepada pensyarah mata pelajaran dan juga mentor masing-masing
  5. Ketua unit akan mengetuai unit masing-masing bagi sebarang urusan. Bahan dan t-shirt disediakan sewaktu pendaftaran.
Sedikit gambaran mengenai program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada golongan belia berhubung konsep, tujuan, misi serta matlamat kerja sukarela. 

Sebarang pertanyaan boleh merujuk terus kepada YDP JPP Siti Umairah binti Othman (013-6016468)

Mencanai Peribadi Kepemimpinan Pendidik Berintegriti
MT JPP 001

Tiada ulasan:

Catat Ulasan