Ahad, 6 Februari 2011

SALAM PERKENALAN JPP 2011/2012

Assalamualaikum w.b.r..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan setiap yang bernyawa. Dalam setiap helaan nafas kita ada rahmat Ilahi yang mengiringi. Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan pada Yang Maha Berkuasa kerana dengan izinNya maka wujudlah laman sesawang, yang bertindak sebagai satu medium yang mendekatkan pihak JPP sesi 2011/2012 secara khusunya dengan masyarakat IPG Kampus Perempuan Melayu dan masyarakat luar secara amnya.



Laman ini masih diperingkat awal dan masih terlalu banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan seiring  usia JPP 2011/2012 yang baru seminggu bertatih dalam usaha memahami gerak kerja di IPG tercinta. Mudah-mudahan apabila rentak semakin jelas, maka derap langkah akan terus berlari demi mencapai visi dan misi yang telah sama-sama kami persetujui.

Laman ini, InsyaAllah akan memuatkan latar belakang JPP 2011/2012, aktiviti-aktivit yang berlangsung sepanjang tahun, makluman-makluman kepada rakan-rakan guru pelatih IPGK PM, maklumat biro JPP 2011/2012 serta isu-isu berkaitan pendidikan. Laman ini banyak mengambil contoh laman sesawang JPP 2010/2011 dengan diberikan nafas baru sesuai dengan tuntutan semasa.

Sekalung penghargaan dan terima kasih, kepada pihak JPP 2010/2011 atas kesudian memberikan tunjuk ajar kepada pihak JPP 2011/2012. Semangat juang kalian dalam memberikan erti kepada klausa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, akan kami teruskan semampu kudrat yang kami ada.

Akhir kalam, semoga laman sesawang ini mampu bertindak sebagai sebuah medium interaktif yang bermanfaat buat setiap yang berkunjung. Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan