Ahad, 6 Februari 2011

SELAMAT MENJADI SURI DI HATI SUAMI... (=

Assalamualaikum w.b.r,


Apabila telah sebuah ketetapan kepada setiap makhluk yang bernyawa., maka tiada siapa pun yang dapat menghalangnya. Ajal, maut, jodoh, dan pertemuan merupakan aturan Allah s.w.t. Tidak dapat dinafikan, ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan sempena cuti Tahun Baru Cina yang telah berlangsung selama seminggu. Mabruk diucapkan kepada saudari Ain (PISMP PK3 Sem 7) dan juga Saudari Norhariadeka (PISMP PK1 Sem 7) yang telah melalui gerbang perkahwinan dengan pilihan hati masing-masing baru-baru ini. Semoga 'masjid' yang dibina mendapat keberkatan di dunia, dan mudah-mudahan dengan izin Allah... Sampai ke syurga. BarakAllah Hulakuma Wa Barakah Alaikuma Wajamaabainakuma Fi Khair...




p/s: Lagu ini khas buat yang bergelar isteri.. (=
 
Isteri Solehah
( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan