Sabtu, 12 Februari 2011

VALENTINE DAY HARI BERKASIH SAYANG???



بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah Subhanahu Wataala, mafhumnya :
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)




Dalam menuju bulan februari tahun ini, kita semua akan melalui 2 hari yang istimewa, antaranya Maulidur Rasul dan ehem2, Valentine's Day. Almaklumlah, jika disebut soal2 berkaitan agama memang kurang sikit sambutannya berbanding yang satu lagi tu. Jadi disini tersangat suka aku ingin memperingatkan kawan2 sekalian agar kita sama2 berjuang dengan betul2 hebat membasmi hari dimana berlakunya maksiat. Hari inilah dimana ramai gadis2 diluar sana akan terpedaya dan 'ter'perkosa oleh jantan2 buas diluar sana. Jadi saya menyeru wahai pendakwah2 sekalian agarMEMPERHEBATKAN lagi dakwah kalian dalam membendung gejala ini. Ayuh, peringatkanlah teman-teman diluar sana melalui sms, blogm facebook, twitter, media massa dan sebagainya. Jom kita perangi habis-
habisan si kufar.





Sejarah Valentine Day ( valentine nama paderi ye. )

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarahValentine's Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.
Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pasa pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telahmengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.
Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270M. Beliau dianggap 'syahid' oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine's Day.

so SAY NO TO VALENTINE!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan