Selasa, 3 Mei 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-40 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka


       Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-40 peringkat Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan diadakan pada 5 Mei 2011 (Khamis), bertempat di kompleks Puteri Gunung Ledang, IPG KPM.

          Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi persatuan hoki Malaysia. Antara acara yang akan dipertandingkan ialah

100 M
200 M
400 M
800 M
4 x 100 M
4 x 400 M 
1500 M Berhalangan
3000 M
Lompat Jauh
Lompat Kijang
Lempar Cakera
Lontar Peluru
Perbarisan 
Cheer Leaders
Acara Sosial Pegawai Kejohanan
Sukaneka Murid Prasekolah IPGK PM
Sukaneka Pensyarah & Staf (L) dan (P)
Perbarisan Rumah Sukan
Hiasan Rumah Sukan Tercantik

       Melalui program ini semua ahli rumah sukan diharapkan dapat menyemai semangat kesukanan seterusnya merapatkan jalinan ukhuwah sesama guru pelatih, staf, pensyarah seterusnya semua warga IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Di samping itu, Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-40 ini sekaligus dapat mengurangkan sedikit tekanan pelajar dalam persediaan menghadapi Peperiksaan akhir semester pertama bagi tahun 2011 ini.

        Berikut adalah keputusan rasmi Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-40 Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka bagi tahun 2011.

KEDUDUKAN
RUMAH SUKAN
JOHAN
HIJAU (Seri Kenanga)
NAIB JOHAN
KUNING (Seri Dahlia)
TEMPAT KETIGA
JINGGA (Seri Tanjung)
TEMPAT KEEMPAT
UNGU (Seri Anggerik)
TEMPAT KELIMA
BIRU (Seri Telang)
TEMPAT KEENAM
MERAH (Seri Mawar)

        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan