Isnin, 2 Mei 2011

Walkaton 1 Malaysia MWTC, MPPM, IPPM, IPGKPM 2011

WALKATHON

       Pada 23 April 2011, Sabtu, program walkaton 1 Malaysia telah diadakan bagi mengumpul dana untuk Persatuan Guru Pelatih Lepasan MWTC, MPPM, IPPM, IPG KPM serta aktiviti guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

       Program ini dimulakan dengan senaman regangan yang dikendalikan oleh guru pelatih PISMP Pendidikan Khas 1, Ambilan Januari 2010. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan perarakan antara unit sepanjam 3 km. Acara kemuncak program ini ialah acara penyampaian hadiah kepada kumpulan unit yang mengutip wang terbanyak, pasukan yang menepati konsep 1 Malaysia, Nyanyian lagu patriotik paling bersemangat dan juga cabutan bertuah.

      Majlis ini dapat disempurnakan dengan sebaiknya dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan