Khamis, 19 Mei 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring JPP vS Pensyarah IPGK PM

Pada 19 Mei 2011 telah diadakan perlawanan persahabatan di antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan para pensyarah. Perlawanan ini diadakan pada jam 5.30 petang. Pertandingan ini diadakan dengan 2 set perlawanan. Kedua-dua pihak menunjukkan semangat juang dan inginkan kemenangan yang sangat tinggi. Boleh dikatakan sangat sengit lah. Banyak gelagat-gelagat comel daripada para pensyarah. Benar kata orang, bila berada di atas padang kita bagaikan kehilangan diri sendiri.

Sesungguhnya melalui perlawanan persahabatan ini dapat merapatkan jurang perbezaan di antara pensyarah dan pelajar seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama warga IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Di samping itu, memandangkan perlawanan ini diadakan dalam minggu peperiksaan, ia sekaligus menjadi medium untuk meluahkan rasa tertekan serta memberikan masa untuk diri sendiri.

TETAPI...
Perlawanan sengit tapi sedang dalam keseronokan dan tamat kedua-dua set perlawanan...
Sape menang??
Ntah la!!!
Tak de sape yang catat mata ke??
Habis tu sape yang Menang??
Pensyarah lee gamaknyee!!!
akhirnya semua tertawa..

takpe asalkan kita bahagia kan, kan, kan




Gelagat di atas Gelanggang 


Pasukan Pensyarah


Gaya bebas laaa...peacee


Pemain-pemain Internasional?? Tradisional??

Sekadar jenaka, salah dan silap harap dimaafkan 

SENYUM
TAK PERLU KATA APA-APA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan